Rancang Ruang Impian Anda Bersama D16 Cabinet

Kami menyediakan perkhidmatan perancangan secara dalam talian dan bersemuka untuk membantu anda mereka bentuk kabinet dapur, almari pakaian, kabinet TV, ruang penyimpanan dan pelbagai penyelesaian dalaman yang sesuai dengan keperluan, ruang dan bajet anda.

Sama ada anda sedang mengubah suai rumah, berpindah ke kediaman baharu atau ingin memperbaharui ruang sedia ada, pasukan D16 Cabinet sedia membantu anda dari peringkat idea hingga ke pemasangan.

Dari Idea Ke Realiti Dalam 3 Langkah

Pasukan D16 akan membimbing anda dari peringkat perancangan sehingga pemasangan siap dilakukan.

1. Tempah Sesi Perancangan Anda

Pilih tarikh dan masa yang sesuai melalui laman web kami untuk sesi konsultasi secara dalam talian atau di showroom D16 Cabinet.

Tempah Sekarang

2. Kami Akan Menghubungi Anda

Pasukan D16 akan menghubungi anda untuk mengesahkan temujanji serta berkongsi maklumat dan persediaan yang diperlukan sebelum sesi perancangan.

✔ Pengesahan temujanji
✔ Senarai maklumat diperlukan
✔ Panduan sebelum sesi

3. Rancang Ruang Impian Anda

Sediakan ukuran ruang anda atau gunakan perkhidmatan ukuran tapak kami. Pada hari temujanji, pakar D16 akan membantu merancang susun atur, material, warna dan bajet yang sesuai dengan keperluan anda.

✔ Cadangan susun atur
✔ Pemilihan material & warna
✔ Anggaran kos projek
✔ Penyelesaian yang praktikal dan bergaya

Slideshow

Cari Perkhidmatan Perancangan Yang Sesuai Untuk Anda

Pilih sama ada untuk merancang dari keselesaan rumah anda atau bertemu dengan pakar D16 Cabinet di showroom kami. Kami sedia membantu anda menghasilkan penyelesaian yang sesuai dengan ruang, gaya hidup dan bajet anda.

Konsultasi Dalam Talian

Rancang ruang impian anda tanpa perlu keluar dari rumah. Kongsikan ukuran ruang, gambar atau pelan rumah anda, dan pakar kami akan membantu mencadangkan rekaan, material dan anggaran kos yang sesuai.

Sesuai untuk:

  • Perancangan awal projek
  • Pelanggan luar kawasan
  • Pemilik rumah yang mempunyai jadual sibuk

Apa Yang Anda Akan Dapat?
✔ Cadangan susun atur ruang
✔ Pilihan material dan warna
✔ Anggaran kos projek
✔ Panduan daripada pakar D16 Cabinet

Tempah Konsultasi Dalam Talian

Konsultasi Di Showroom

Lawati showroom D16 Cabinet untuk melihat sendiri pilihan material, kemasan, warna dan sistem kabinet modular kami. Berbincang secara bersemuka dengan perunding kami dan dapatkan inspirasi daripada ruang pameran yang direka seperti kediaman sebenar.

Sesuai untuk:

  • Projek renovasi dan rumah baharu
  • Pelanggan yang ingin melihat material secara fizikal
  • Perancangan yang lebih terperinci

Apa Yang Anda Akan Dapat?
✔ Lawatan showroom berpandu
✔ Demonstrasi material dan aksesori
✔ Cadangan rekaan yang diperibadikan
✔ Anggaran kos berdasarkan keperluan anda

Tempah Lawatan Showroom

Soalan Lazim (FAQ) berkaitan servis D16 Kabinet Aluminium

Adakah konsultasi D16 Cabinet percuma?

Ya. Konsultasi dalam talian dan konsultasi di showroom adalah percuma dan tiada sebarang kewajipan untuk membuat pembelian.

Adakah saya perlu menyediakan ukuran ruang sebelum sesi konsultasi?

Jika anda mempunyai ukuran ruang, pelan rumah atau gambar kawasan yang ingin dipasang kabinet, ia akan membantu proses perancangan menjadi lebih tepat dan lancar.

Adakah D16 menyediakan perkhidmatan ukuran tapak?

Ya. Kami menyediakan perkhidmatan lawatan tapak untuk mengambil ukuran sebenar di kediaman anda.

Caj lawatan tapak adalah RM100 bagi setiap lokasi.

Pasukan kami akan mengambil ukuran yang diperlukan dan memberikan cadangan yang sesuai berdasarkan ruang anda.

Adakah caj RM100 akan dipulangkan?

Caj lawatan tapak adalah fi perkhidmatan dan tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, untuk promosi tertentu, caj ini mungkin ditolak daripada nilai tempahan akhir. Sila rujuk pasukan D16 untuk maklumat lanjut.

Berapa lama sesi konsultasi berlangsung?

Kebiasaannya antara 30 hingga 60 minit bergantung kepada saiz dan keperluan projek anda.

Apakah yang akan dibincangkan semasa sesi konsultasi?

Pasukan kami akan membantu anda dalam:

  • Perancangan susun atur ruang
  • Pemilihan material dan warna
  • Pilihan aksesori dan kemasan
  • Anggaran kos projek
  • Cadangan reka bentuk yang sesuai dengan bajet anda
Berapa lama tempoh pemasangan selepas tempahan dibuat?

Tempoh pengeluaran dan pemasangan bergantung kepada jenis projek. Secara amnya, ia mengambil masa antara 14 hingga 30 hari selepas pengesahan tempahan dan ukuran tapak selesai.

Adakah D16 Cabinet menyediakan waranti?

Ya. Semua produk D16 Cabinet dilindungi oleh waranti tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Perlukan ukuran yang lebih tepat?

Pasukan D16 boleh hadir ke kediaman anda untuk mengambil ukuran tapak dengan caj RM100 bagi setiap lokasi. Tempahan diperlukan terlebih dahulu.

Tempah Sekarang